Thursday, June 4, 2009

kami yg happy...




im happy wif my all new frez....tak sabar nak tggu ari ade class sbb nak jumpe kwn2 class...diorg best...i love u all...muahhh...
frez will be frez 4-ever...but ...KAWAN SEJATI tak mungkin jd kawan baik utk selame nye...b'coz...no need to tell lah...lu pk la sendiri...


Sunday, May 31, 2009

umah ky...




disbbkan keboringan mlm smlm 31st may 2009...ade pulak org calling2 ajak lepak umah dia...sy pun ape lagi...start enjin kete terus pecut ke ampang umah KY....cantik umah dia...nie antare pic2 yg telah disnap oleh kami...nora, kecik, and jam...cute tak kami??


31st May 2009




hari ini 1st june 2009...berakhir sudah may 2009...cpt btl mase berlalu kan!!!!smlm 31st may...sy g mengantar sepupu(laki) sy kawin(kenduri belah p'puan) dekat je area cheras...nie antare pic yg di snap....

Friday, May 29, 2009

9 sebab-sebab hati tak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
KesimpulanJadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.Wallahualam"

Wednesday, May 27, 2009

5 jenis sabar...

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan

Tuesday, May 26, 2009

lawak bodoh...

LEMBU & MANUSIA

LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...
1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.
2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.
3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.
4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.
5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.
6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.
7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.
... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.
9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.
10 ... lembu tak ada buang masa membaca email karut macam ni
...jangan marah, lawak bodoh jer..


CARA-CARA NAK COVER MALU....
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tuhingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kalisupaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olahanda dirasuk atau sedang berlawan denganmakhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlahsampah yang ada sambil marah-marah dengansuara yang kuat, pasti orang menyangka andaseorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orangdi blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantuanda..kalo takde..baring terus sampai malam dantakde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lahmasa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik lakawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah andasorang je yang dapat malu...ye tak?....

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Monday, May 25, 2009

my class group...






nie group aku...cun tak smua???...time nie kiteorg tgh belaja subjek RINTAS....bkn senang nak jd secretary nie mcm2 kene belajo.....nie lah bakal2 secretary....hehehe....team aku nie ada 6 org...smua nye satu pale...happening diorg nie....mknan selalu kiteorg share...dlm 6 org nie...org yg paling kepoh name dia jem...minah yg pakai baju putih nie...nielah penyeri class kami...PPK070509...